ETAWAY GROUP
Etaway Group ditubuhkan pada tahun 2014, adalah sebuah syarikat pemaju perumahan yang berpengalaman dalam sektor industri binaan tempatan.
Antara kepakaran utama ialah membina rumah teres satu dan dua tingkat serta Semi-D dan banglo pada skala 300 pada skala 300 unit ke atas. Projek-projek Etaway menumpukan kepada pasaran hartanah mampu milik terutama buat golongan bumiputera.
Etaway menawarkan rumah yang berkualiti daripada bahan binaan bermutu tinggi. Etaway juga memiliki bekalan daripada kilang ‘hardware’ sendiri memberi kelebihan untuk mengawal kos pembuatan pada harga yang berpatutan.
Selain itu kepakaran dan penyediaan pekerja binaan yang mencukupi menjadi tunjang kepada setiap kejayaan pelaksanaan projek dapat disiapkan mengikut jadual yang ditetapkan.
Fokus utama Etaway ialah menawarkan rumah yang selesa untuk pembeli dengan harga yang berpatutan, juga membuka peluang perniagaan kepada pemilik tanah yang mahu memajukannya sebagai kawasan perumahan. Dengan perkataan “Landlords Grow Rich” selain tawaran kerjasama yang menarik, ia juga dapat menjana ekonomi individu atau organisasi di kawasan sekitar projek.
Jaringan perniagaan yang baik dengan pihak institusi kewangan dan bank membolehkan Etaway membantu pembeli mendapatkan pembiayaan rumah idaman mereka tanpa deposit.
Etaway juga memiliki modal yang mencukupi untuk menambah kelancaran dalam menyiapkan projek mengikut jadual serta mematuhi proses dokumentasi dan spesifikasi yang ditentukan oleh badan berwajib serta pihak berkuasa tempatan (PBT) di mana projek itu dilaksanakan.
Pada masa akan datang juga mengembangkan lagi porfolio Etaway Group dengan penawaran projek pembinaan hotel dan resort di Morib, Selangor.
Visi syarikat mahu meluaskan lagi kepakaran dalam bidang hartanah dengan merancang projek perbandaran baharu (township) yang selesa pada harga berpatutan.
Selain perniagaan dalam bidang pemaju hartanah, Etaway Group juga mempunyai anak syarikat lain dalam pelbagai industri seperti pertanian dan lojistik yang turut menjana pendapatan syarikat secara keseluruhannya.
Melalui Slogan Etaway “To create a wonderful of Life”! Misi Utama bagi Etaway ialah untuk mencipta taraf kehidupan yang lebih indah dan sempurna kepada semua golongan rakyat!



