DATO’ YAP LEEN WAY
DIMP. SMP
Chairman,
Group Managing Director,
Malaysian
BERPENGALAMAN LUAS DALAM BIDANG PEMBANGUNAN PERUMAHAN DAN TANAH SERTA MEMPUNYAI PORTFOLIO KEJAYAAN DALAM KEBANYAKAN PROJEK PEMBINAAN YANG DILAKSANAKAN MENJADIKAN DATO’ YAP LEEN WAY ANTARA YANG DISEGANI DAN MEMIKUL TANGGUNGJAWAB PENTING DALAM MEMBAWA UPICON SDN BHD KE TAHAP YANG MEMBANGGAKAN SERTA KEKAL GEMILANG DALAM INDUSTRI. BERBEKALKAN PENGALAMAN, DATO’ WAY BERTANGGUNGJAWAB UNTUK MENGURUS SEGALA PERAN (ANGAN DAN MENYELARAS SETIAP ASPEK DALAM PROJEK SYARIKAT.
Pengenalan
Sebagai Pengarah Urusan Etaway Sdn Bhd, Dato’ Yap Leen Way, memiliki pengalaman luas dalam industri binaan dan pemaju perumahan lebih dari 10 tahun. Beliau mula terlibat dalam bidang ini sebagai kontraktor kecil-kecilan sehingga berjaya meluaskan ke projek yang berskala lebih besar.
Dato’ Way Yap juga sanggup mengambil risiko dengan mengusahakan tanah rezab yang jarang sekali dilakukan syarikat-syarikat lain. Berbekalkan pengalaman dan kualiti kerja terbaik, projek pertama yang berjaya disiapkan ialah rumah semi-D berkembar sebanyak 30 unit di Pulau Indah, Klang adalah titik permulaan untuk Dato’ Way Yap meluaskan empayar perniagaannya.
Sejak itu beliau terus mengusahakan tawaran projek-projek lebih menarik yang kebanyakan disasarkan untuk golongan bumiputera mendapatkan rumah kediaman pada harga mampu milik dan selesa.
Pembabitan beliau tidak terhad di ETAWAY Sdn Bhd malah merangkap anak syarikat yang lain iaitu ETAWAY Harmony Sdn Bhd, ETAWAY Asia Development Sdn Bhd, ETAWAY ACME Sdn Bhd, ETAWAY Pesaka Sdn Bhd, ETAWAY G Logistic Sdn Bhd dan Bukit Changgang Hardware. Dato’ Way Yap membawa semangat dan kekuatan bagi memastikan ETAWAY GROUP dikenali sebagai jenama unggul dalam bidang hartanah dan pembangunan.







